Friday, 2 May 2014

Tanda Tanya Umie Aida Padam Gamba Suami?




Sebelum ini memang ada khabar angin tentang rumah tangga pelakon Datin Paduka Umie Aida dan suami yang dikatakan sedang bergolak.

Namun baik dari pihak Umie mahupun suami, berjaya menepis dakwaan tersebut dan memberitahu rumahtangga mereka masih baik.

Baru-baru ini cerita tersebut kembali diperkatakan, lebih-lebih lagi apabila Umie dikatakan telah memadam semua gambar suami, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan di laman peribadi Instagram miliknya.


Lebih parah lagi apabila ada yang mendakwa rumah tangga pelakon itu memang sedang dilanda masalah apabila melihat Umie memuat naik gambar percutiaanya bersama rakan-rakan tanpa kehadiran suami tercinta.

Selain itu, Astro Gempak turut membaca sebuah artikel di Malaysia Gazzette yang mendakwa masalah rumah tangga dihadapi Umie adalah disebabkan seorang artis wanita.

Menurut laporan portal itu lagi, Umie dan suaminya kini dikatakan jarang bertegur sapa dan banyak membisu walaupun berada di rumah sendiri.







Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

0 comments:

Post a Comment