Friday 30 May 2014

4 Orang Cedera Parah Kerana Mahu Tinjau Dalam Kaabah





Polis Mekah menafikan khabar angin yang bertebaran di laman sosial yang mendakwa tiga jemaah terbunuh dalam insiden rempuhan yang berlaku di Masjidil Haram semalam.

Sebaliknya empat orang disahkan cedera dalam insiden berkenaan.

“Tiga daripada mereka kesemuanya perempuan kini dirawat di tempat kejadian manakala seorang lagi dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” kata jurucakap polis Mekah iaitu Aati Al-Qurashi.

Lelaki yang dibawa ke hospital itu mengalami cedera parah pada bahagian kepala selepas terjatuh ketika keadaan sedang huru-hara.

Kejadian yang dirakamkan CCTV mencetus keadaan bertolak-tolak antara jemaah bermula apabila pintu Kaabah dibuka untuk menjalani upacara mencuci di bahagian dalam.

Jemaah yang teruja melihat pintu Kaabah dibuka kemudiannya berasak-asak mahu melihat bahagian dalam Kaabah hingga keadaan menjadi tidak terkawal buat seketika.







Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

0 comments:

Post a Comment