Wednesday, 28 May 2014

Lawak Melampau: Panggilan Hangit HOT FM & Cikgu Izzuddin





Pueh den tergolak dek panggilan hangit ni ha antara DJ Hot FM dengan Cikgu Izzuddin. Siapa Cikgu Izzuddin? Since rakaman panggilan hangit disiarkan menerusi Youtube. Meletop-letop nama Cikgu Izzuddin! Mengalahkan berita artis sensasi. Hihi.. 


video

Cikgu Izzuddin merupakan seorang bakal pengantin bakal melangsungkan perkahwinannya dalam masa terdekat ini. Sebelum ni, Cikgu Izzuddin pernah apply loan. So, DJ HOT FM pun buat panggilan hangit. Hangit! Memang hangit!!!

Time DJ HOT FM tu buat panggilan, Cikgu Izzuddin tengah drive. So, dalam keadan rushing dia pun tanya pasal apa telefon. Dia busy. DJ HOT FM explain tentang loan yang dia apply hari tu. Katanya, loan dia tak diluluskan. Apa lagi, Cikgu Izzuddin pun menggelabah la. Dah la loan tu nak digunakan untuk majlis perkahwinan dia.

Cikgu Izzuddin pun membebel. Katanya dia takde tanggungan lain, anak ke, rasa mustahil kenapa loan dia ditolak. Tak puas hati lagi, Cikgu Izzuddin dengan nada sayu kata kat DJ HOT FM, “You faham tak hati seorang pengantin?”. Dah la saat genting kan, loan pulak tak diluluskan. Kawan pun mengamuk la. Kelakar pun ada. Siap dengar dengan jelas dia tengah marah, nafas turun naik. Hadoi.. Tersenyum kambing aku dibuatnya.

DJ HOT FM tu memang pandai mainkan watak dia. Sempat suruh Cikgu Izzuddin tarik nafas, hembus nafas. Lagi menggelikan hati, Cikgu Izzuddin pun buat jugak. Dengar arahan! Hadoi. Lawak giler! Sampai dia cakap, “Saya selalu buat macam ni”.

Masih dalam mood marah, Cikgu Izzuddin kata dia nak bukak baju. Panas katanya. Bila dia panas, dia selalu bukak baju. Hadoi kelakar. DJ HOT FM dah tergelak-gelak. Last-last DJ HOT FM kata kat Cikgu Izzuddin…yang dia terkena panggilan hangit!!! What the fish! What the fish!! What the fish!!! Lawak eh..






Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

0 comments:

Post a Comment