Saturday 3 May 2014

4 Undi Penentu Hudud




Rang Undang-undang Persendirian Pas Kelantan bakal terima sokongan penuh UMNO, ini bermakna Pas hanya perlukan empat ahli perlimen dari parti lain lagi untuk mendapatkan majoriti mudah memastikan hukum hudud berjaya diluluskan.


Persoalannya adakah Kelantan boleh mendapat sokongan bagi memperolehi majoriti mudah 112kerusi?Umum mengetahui Pas hanya memiliki 21 kerusi di parlimen, paling kecil di dalam PR berbanding PKR 30 dan DAP 38.

Dap parti paling dominan dalam PR secara terang-terangan tidak menyokong, begitu juga PKR walaupun memiliki 16 wakil islam termasuk ketua umumnya sendiri tetapi pendirian mereka seolah-olah ingin menjaga pengundi bukan islam. 

Pas boleh mengintai ke Sarawak dan mendapat bantuan Perdana Menteri untuk memujuk 10 wakil rakyat Islam dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak(PBB) salah satu komponen besar BN. Jika dicongakkan dan berhasil, Pas boleh mengendahkan apa jua ugutan daripada DAP mahupun apa jua alasan yang diberikan PKR kerana undi sudah mencukupi.

Lopeh ni kita buleh tengok mana lawan mana kawan, umno tolak hudud ataupun sebaliknya. Kita buleh tengok reaksi pemimpin tertinggi Pas khususnya yang selama ini sangat menyanjung sahabat baiknya didalam PR, apa reaksi dan kata putus PKR didalam kes ini, mari sama-sama kita nantikan keputusan ini.





Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

0 comments:

Post a Comment