Thursday 19 June 2014

Fida Ibrahim Nafi Liat Bayar Hutang


Memiliki rupa paras yang ayu menjadi kelebihan kepada penyanyi dan pelakon Fida Ibrahim atau nama sebenarnya Rafidah Ibrahim,28 dalam bergelar anak seni.

Figura yang sering dikaitkan dengan pelbagai kisah kontroversi, baik persengketaan dengan pengarah drama, begitu juga kisah sensasi berpakaian yang silap gaya. Terdahulu, naik turun hubungan cintanya dengan beberapa pelakon lelaki komedi antaranya, Zalif Sidek dan Mamat Sepah turut menarik perhatian.

Bagaimanapun, nama Fida Ibrahim seakan-akan hilang seketika dari dunia seni sehinggalah timbul kontroversi yang mengaitkan pelakon filem Man Sewel Datang KL itu telah berkahwin senyap-senyap di negara jiran sekitar tahun lalu.

Terkini, sekali lagi figura ini telah terpalit kontroversi yang mana dikatakan seorang artis yang suka berhutang dan liat untuk membayar kembali wang yang telah dipinjamkan.

"Saya tidak tahu-menahu tentang hal ini sebab tidak dinyatakan pula apakah jenis hutang itu. kalau hutang wang setakat ini semua individu yang terlibat akan memaklumkan sendiri kepada saya. Malah saya sendiri yang akan mencari individu yang memberi pinjaman wang untuk melangsaikannya, tidak kira cepat atau lambat."

Menurutnya, dia tidak berani untuk mengiyakan individu tersebut samaada dirinya atau tidak oleh kerana tidak tahu-menahu berkenaan perkara tersebut. Beliau kini sedang sibuk memepromosikan single terbarunya bersama Qalam Band berjudul Rintihan Qalbu.




Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

0 comments:

Post a Comment