Wednesday 25 June 2014

Isu Cemburu : Penjelasan David Teo Kepada Diana Danielle



Kuala Lumpur - Mejar (K) David Teo selaku Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth (MIG) menganggap apa yang telah diluahkan pelakon, Diana Danielle mengenai foto mesra suaminya bersama Nora Danish hanyalah satu salah faham dan mereka tidak semesra seperti yang disangka.

Mengikut penjelasan yang telah diberi David Teo, foto tersebut telah diambil atas permintaan media cetak mengikut kehendak watak mereka didalam filem dan ianya tidak lebih daripada itu.

Malah David Teo berkata dia sendiri sudah pun menghubungi pelakon Farid Kamil supaya menjelaskan situasi yang berlaku pada malam gambar itu diambil kepada Diana Danielle.

“Saya rasa ianya hanya salah faham sahaja kerana jika benar Diana cemburu atau bengang mengapa sebelum ini dia boleh menerima lakonan Nora dan Farid yang berpelukan dan sebagainya.

“Saya juga tak rasa apa yang diluahkan Diana itu ditujukan kepada MIG sepenuhnya, tapi untuk tidak perkara ini berpanjangan saya sendiri sudah pun menghubungi Farid.

“Perkara pertama saya beritahu kepada Farid adalah jangan cepat melenting terhadap tindakan isterinya itu. Mungkin isteri dia bersikap begitu kerana terlalu sayangkan suaminya, yelah isteri mana yang tak risau jika punya suami yang kacak dan popular begitu.

“Saya juga minta Farid perjelaskan kepada Diana bahawa gambar itu diambil hanya ketika mereka dikerumuni dengan jurufoto dan media yang meminta mereka melakukan aksi sedikit mesra mengikut watak dalam filem yang tidak lebih daripada itu.

David Teo diminta mengulas mengenai tindakan Diana Danielle yang meluahkan rasa ketidakpuasan hati dan cemburu ke dalam laman sosial Instagram apabila gambar Nora berpegangan tangan dengan suaminya dikongsi ke dalam Instagram sebagai promosi filem Pengantin Malam.

Walaubagaimanapun, David Teo memberitahu isu tersebut tidak langsung menggangu promosi filem Pengantin Malam tersebut yang turut dibintangi pelakon seperti Nina Iskandar, Ellie Suriati dan ramai lagi.

Suntingan



Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

0 comments:

Post a Comment