Thursday 26 June 2014

Mas Khan Buah Hati Terbaru Lana Nordin


Kuala Lumpur – Setelah berakhirnya cerita kontroversi putus cinta dengan pelakon Johan As’ari, Lana Nordin sekali lagi bertemu cinta dan kali ini dengan pelakon yang sedang meningkat naik Mas Khan.

"Saya dengan dia masih baru lagi dalam kira-kira sebulan, tetapi kami kenal agak lama juga. Buat masa ini kami masih lagi mengenali hati budi masing-masing.

"Saya tidak mahu bercakap tentang cinta lebih-lebih kerana semuanya ketentuan Allah dan sebagai perempuan saya hanya cuba berkawan dan mencari jodoh saya," ujarnya.

Jelasnya, beliau tidak mahu kontroversi percintaan yang berakhir di tengah jalan dengan pelakon Johan As’ari membataskan dirinya untuk terus mencari pasangan hidup.

"Saya tidak mahu fikir tentang lelaki itu dan saya tidak mahu kontroversi tersebut menyekat saya untuk berkawan dengan lelaki.

"Saya tetap mencuba dan berkawan dengan mana-mana lelaki serta cari yang sesuai dijadikan suami, kalau Tuhan sudah takdirkan saya berkahwin usia 40 saya terima," katanya.

Berbalik pada cerita buah hati barunya, Lana berkata, Mas Khan adalah seorang yang matang serta memahami biarpun jarak usia mereka agak jauh. Bagaimanapun, peristiwa lalu banyak memberi pengajaran kepada beliau agar berhati-hati dan tidak mudah mempercayai lelaki.

"Dia muda lagi tapi dia seorang yang matang dan tidak suka ambil tahu tentang orang lain. Dia tidak kisah tentang kontroversi saya sebelum ini.

"Tetapi saya juga perlu berhati-hati sebab dahulu pun begini juga, saya percaya kalau tidak baik untuk saya, Allah akan tunjukannya," kata Lana.

Sementara itu Mas Khan atau nama sebenarnya Mas Hidzhir Khan mengakui Lana seorang wanita yang penyayang dan lemah lembut.

"Pada mulanya saya nampak dia seorang yang garang dan sombong tetapi bila sudah rapat barulah saya tahu dia seorang yang lembut.

"Dia sangat baik dan ambil berat tentang saya, dia banyak mengajar saya tentang lakonan dan berhadapan dengan masyarakat serta media," ujarnya

Suntingan


Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

0 comments:

Post a Comment