Saturday 21 June 2014

Gambar Majlis Pertunangan Erin Malik & Farriz Fauzi



Laman sosial Instagram telah menjadi medium perkenalan serta saksi lahirnya bibit-bibit cinta antara pelakon muda Erin Malek dan kekasih hatinya Farriz Fauzi

Pelakon filem Awak Nak Kahwin Dengan Saya? ini telah selamat menjadi tunangan kepada Farriz Fauzi jejaka pilihan hatinya yang dikenalinya melalui Instagram pada hari ini bertempat di kediaman keluarga Erin.


“Sebenarnya saya sudah mengenalinya terlebih dahulu sebelum kami mula rapat di Instagram. Cuma ketika itu hanyalah sebuah perkenalan biasa dan tak sangka apabila selepas beberapa kali berjumpa saya dan dia semakin serius dalam hubungan ini,” katanya memulakan bicara.

“Kita semua tahu bertunang itu adalah untuk mengikat antara satu sama lain. Jadi, gementar itu memang ada sebab dah tahu kita bakal nak jadi isteri orang. Walaupun melalui tempoh perkenalan yang singkat, namun ianya menjadi masalah kerana kami berdua dah ada niat hendak berkahwin”

Menurutnya lagi, Farriz Fauzi seorang yang rajin bekerja dan sangat-sangat menghormati orang tuanya membuatkan beliau senang berkawan dengannya. Farriz Fauzi merupakan seorang ahli perniagaan yang berasal dari Kuala Lumpur.



Disunting dari : Harian Metro
Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

0 comments:

Post a Comment