Tuesday 10 June 2014

Tak dapat Mercedes Kompresor, Kompresor Angin Pun Jadilah



PETALING JAYA: Lupakan soal kek dan sirih junjung, seorang pengantin perempuan memberikan bakal suaminya hadiah perkahwinan paling bermakna iaitu sebuah kompresor angin.

Gambar hadiah hantaran unik itu menjadi viral di laman sosial sejak Isnin.

Beberapa perkakasan pertukangan yang dihias cantik di atas dulang turut menjadi sebahagian daripada hadiah hantaran pasangan itu.

Bagaimanapun memandangkan kompresor angin itu terlalu besar untuk diletakkan di atas dulang hantaran, ia hanya diikat dengan reben merah beserta bunga.

Hasil pemeriksaan, gambar berkenaan bukanlah baharu kerana ia turut tersebar dan menjadi perbualan ramai sejak 2013.

Namun ia dikongsi semula pada Isnin dan kembali menjadi viral apabila lebih ramai pengunjung laman sosial menjadikan gambar berkenaan sebagai bahan gurauan.






Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

2 comments:

shana said...

kalau kat tempat saya siap dapat Tong Gas lagi..

Unknown said...

@Am Shana pergh tong gas kot ha3, x ponah dibuek org..ha3

Post a Comment