Thursday 5 June 2014

JAIS Serbu Perkahwinan Hindu Libatkan Pengantin Islam




Majlis perkahwinan yang dijalankan mengikut adat dan budaya agama Hindu terpaksa dibatalkan selepas diserbu sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana didakwa membabitkan seorang pengantin wanita yang beragama Islam di Petaling Jaya pagi tadi.

Majlis di Jalan SS 1/25 pada jam 10.30 pagi tadi mendapati kira-kira 50 tetamu sudah tiba di majlis berkenaan sebelum empat pegawai penguatkuasa JAIS tiba bagi melakukan siasatan.



Keadaan di lokasi terkawal apabila pihak keluarga kedua-dua pasangan pengantin dan tetamu yang hadir memberikan kerjasama kepada pegawai JAIS dengan kawalan ketat kira-kira 10 pegawai dan anggota polis di luar kawasan majlis tersebut.


Perkahwinan antara lelaki beragama Hindu dan pasangannya yang dikatakan menganut agama Islam dijangka dilangsungkan pada 10.30 pagi dan tergendala selepas pihak berkuasa mendapat aduan bahawa perkahwinan berkenaan melanggar undang-undang.






Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

0 comments:

Post a Comment